Friday, 30 November 2012

LATIHAN DUA


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
        



  • Manusia amat memerlukan makanan, pakaian, dan tempat perlindungan. Tanpa keperluan asas ini, manusia tidak dapat hidup. 


  • Makanan amat penting kepada manusia . Manusia memerlukan makanan supaya mendapat tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. Tanpa makanan, manusia akan matu kelaparan. 

  • Manusia juga memerlukan pakaian untuk menutupi tubuh badan. Pakaian juga dapat mengelakkan manusia daripada kesejukan dan kepanasan. 

  • Keperluan kepada tempat perlindungan pula adalah untuk melindungi daripada ancaman binatang buas atau musuh. Tanpa tempat perlindungan, keselamatan manusia akan terancam.

1. Apakah keperluan asas manusia ?

2. Bagaimanakah sekiranya manusia tidak mempunyai makanan,pakaian, dan       tempat perlindungan ?

3. Mengapakah manusia memerlukan makanan ?

4. Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak mempunyai tempat perlindungan?





No comments:

Post a Comment